Saturday, May 10, 2014

ARTIS VETEREN MALAYSIA MENGGATAL.


Jika dilihat pada usia, artis veteran ini sudah boleh bersara. Bagaimanapun, pada usia yang melebihi 60 tahun dia masih ligat. Kalau ligat berkarya tak mengapalah juga, tetapi dia ligat mencari pucuk muda.
Dalam kemaruk dia mencari pucuk muda, artis veteran itu berkenalan dengan seorang lelaki muda atau dalam bahasa sekarang ‘anak ikan’ dari negara jiran. Oleh kerana kegilaannya itu dia sanggup minta kenalan baiknya menguruskan visa kemasukan anak ikannya itu ke negara ini berserta dengan penginapannya sekali.

Pada firasat SS, memang sudah jelas yang anak ikan itu sanggup melayannya kerana wang dan mencari jalan mudah datang ke Malaysia.
Tidak cukup dengan anak ikan yang diimport itu, ketika dia menghadiri satu majlis, dia tertarik pula kepada seorang pelakon baru yang muda dan kacak.

Paling kelakar, sebaik saja dia terpandang pelakon muda itu dia terus menambah gincunya agar lebih merah sambil mengenyit mata.

Apa lagi, terkejut badaklah pelakon baru itu kerana artis veteran itu sudah layak menjadi neneknya. Dia pun terus ang­kat kaki meninggalkan majlis.

Menambahkan lagi kegatalan artis veteran itu, dia berani menghubungi suami sahabat baiknya sendiri mengajak ‘dating’. Orang sekeliling yang tahu sikap miang keladi artis veteran ini hanya mendoakannya agar berubah.

No comments:

Post a Comment