Monday, May 12, 2014

ARTIS MALAYSIA MEROYAN

Sikap seorang artis popular ini makin hari makin memualkan. Kononnya dia hendak menegakkan kebenaran dan ingin bersikap positif dan ikhlas, tetapi gaya dan personalitinya langsung tak menunjukkan keperibadiannya.
Baru-baru ini artis ini meroyan di laman sosialnya kerana terasa selepas disindir seorang lagi artis. Bukan main lagi cara dia meletak status laman sosial, hipokrit dan sangat bermuka-muka.
Peminat pula bukan main menyokong tindakannya macam sudah betul-betul kenal siapa sebenarnya artis kesayangan mereka itu sedangkan orang dalam industri hiburan sudah masak dengan perangai dan latar belakang si artis ini tadi.
Kalau meroyan sesekali tidak mengapa, tapi SS lihat artis itu naik hantu dan tidak henti-henti meletak status menyindir. Tapi sesekali, bukan main dia mengaburi mata peminat dengan kata-kata positif dan puji-pujian menggunakan agama.

Paling SS pelik, peminat seperti tidak sedar dan tak nampak perangai dan gaya hipokrit yang cuba dia lakukan.

Kalau betul artis ini baik, berada di liga tersendiri dan langsung tidak terancam dengan mana-mana artis, kenapa mesti cepat melatah dan naik hantu kalau diusik?

Patutnya senyap dan biarkan apa berlaku kerana itu bukan taraf dia untuk melayan.

Kelakarnya, dia lagi lebih meroyan dan naik hantu sampai meletakkan status yang bukan-bukan di laman sosial membuatkan peminat terus menjatuh hukum dan melaga-lagakan dengan artis lain.

Pada SS, jika betul kamu hebat dan taraf lebih tinggi daripada orang lain, buktikan dan jangan setakat bergaya dengan pakaian dan barangan mewah saja. Perangai, sikap dan personaliti itu sendiri menggambarkan diri dan bukannya pada luaran semata-mata.

Janganlah cepat hanyut dengan kata-kata pujian peminat di laman sosial kerana itu hanya sebahagian kecil saja ujian buat anda kerana lambat-laun nanti, diri sendiri yang menyesal. Industri hiburan kita pun bukannya besar sangat untuk kita merasakan diri sendiri saja hebat.

SS: Kelakar tengok gaya seorang selebriti wanita terkenal yang suka bergaya mewah di laman sosial, tapi sebenarnya semua itu bukan milik sendiri. Baik pakai barang murah asalkan semuanya SS beli dengan duit sendiri.

No comments:

Post a Comment