Thursday, May 15, 2014

KETUA PEMBANGKANG RETAK TANGAN





Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keretakan di tangan kanan, berdekatan bahu apabila kereta yang dinaiki bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi, terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas, di sini kira-kira jam 10 malam tadi.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua mereka dalam keadaan selamat dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pakar Damansara.
“Sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama keluarga,” katanya.
Difahamkan kejadian berlaku berpunca daripada sebuah kereta yang tidak menyedari laluan di lokasi kejadian berubah dan secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar bersama empat lagi penumpang lain.

ANWAR IBRAHIM KEMALANGAN





Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keretakan di tangan kanan, berdekatan bahu apabila kereta yang dinaiki bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi, terbabit dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas, di sini kira-kira jam 10 malam tadi.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua mereka dalam keadaan selamat dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pakar Damansara.
“Sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan bersama keluarga,” katanya.
Difahamkan kejadian berlaku berpunca daripada sebuah kereta yang tidak menyedari laluan di lokasi kejadian berubah dan secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar bersama empat lagi penumpang lain.

Monday, May 12, 2014

ARTIS MALAYSIA MEROYAN

Sikap seorang artis popular ini makin hari makin memualkan. Kononnya dia hendak menegakkan kebenaran dan ingin bersikap positif dan ikhlas, tetapi gaya dan personalitinya langsung tak menunjukkan keperibadiannya.
Baru-baru ini artis ini meroyan di laman sosialnya kerana terasa selepas disindir seorang lagi artis. Bukan main lagi cara dia meletak status laman sosial, hipokrit dan sangat bermuka-muka.
Peminat pula bukan main menyokong tindakannya macam sudah betul-betul kenal siapa sebenarnya artis kesayangan mereka itu sedangkan orang dalam industri hiburan sudah masak dengan perangai dan latar belakang si artis ini tadi.
Kalau meroyan sesekali tidak mengapa, tapi SS lihat artis itu naik hantu dan tidak henti-henti meletak status menyindir. Tapi sesekali, bukan main dia mengaburi mata peminat dengan kata-kata positif dan puji-pujian menggunakan agama.

Paling SS pelik, peminat seperti tidak sedar dan tak nampak perangai dan gaya hipokrit yang cuba dia lakukan.

Kalau betul artis ini baik, berada di liga tersendiri dan langsung tidak terancam dengan mana-mana artis, kenapa mesti cepat melatah dan naik hantu kalau diusik?

Patutnya senyap dan biarkan apa berlaku kerana itu bukan taraf dia untuk melayan.

Kelakarnya, dia lagi lebih meroyan dan naik hantu sampai meletakkan status yang bukan-bukan di laman sosial membuatkan peminat terus menjatuh hukum dan melaga-lagakan dengan artis lain.

Pada SS, jika betul kamu hebat dan taraf lebih tinggi daripada orang lain, buktikan dan jangan setakat bergaya dengan pakaian dan barangan mewah saja. Perangai, sikap dan personaliti itu sendiri menggambarkan diri dan bukannya pada luaran semata-mata.

Janganlah cepat hanyut dengan kata-kata pujian peminat di laman sosial kerana itu hanya sebahagian kecil saja ujian buat anda kerana lambat-laun nanti, diri sendiri yang menyesal. Industri hiburan kita pun bukannya besar sangat untuk kita merasakan diri sendiri saja hebat.

SS: Kelakar tengok gaya seorang selebriti wanita terkenal yang suka bergaya mewah di laman sosial, tapi sebenarnya semua itu bukan milik sendiri. Baik pakai barang murah asalkan semuanya SS beli dengan duit sendiri.

MANCHESTER CITY JUARA MUSIM 2013/2014







Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tiga tahun selepas menewaskan West Ham United 2-0 di Stadium Etihad, malam tadi.

City yang hanya perlu seri menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata berbanding Liverpool yang turut menutup kempen 2013/14 dengan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United yang bermain dengan sembilan orang.

Samir Nasri meletakkan City di depan hasil jaringan pada minit ke-39 sebelum kapten pasukan, Vincent Kompany melengkapkan malam gemilang Citizens menerusi tolakan mudah ke gawang West Ham pada minit ke-48.

Kemenangan ini menyaksikan City menjaringkan sebanyak 102 gol musim ini dan hanya kekurangan satu gol untuk menyamakan rekod Chelsea pada musim 2009/10.
Foto

PEMAIN Manchester City meraikan kemenangan liga. FOTO EPA


Warga Chille Manuel Pellegrini juga adalah pengurus pertama dari luar Eropah yang berjaya membimbing pasukannya ke takhta EPL.


Di Anfield, suasana diam seketika apabila Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri pada babak pertama tetapi Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan anak buah Brendan Rodgers itu muncul naib juara Liga Perdana Inggeris.

Dua lagi pasukan teratas, Chelsea dan Arsenal turut menang ke atas lawan masing-masing sekali gus menyaksikan tidak ada sebarang perubahan di kelompok ter atas liga.

Dengan keputusan itu, City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan kelayakan.

Sementara itu, tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff bakal tersingkir ke Liga Kejua raan musim depan.