Wednesday, March 5, 2014

AWIE DAN ERRA BERCINTA SEMULA



 BENAR ATAU TIDAK???
SAYAPUN TIDAK TAHU...

Ketika artis ini berpisah de-ngan kekasihnya baru-baru, ramailah yang bersimpati dengan nasibnya terutama wanita-wanita yang mung-kin pernah melalui tragedi sama bercucuran air mata kerana mengenangkan nasib malang yang menimpa artis ini.

Tetapi kesedihan artis itu hanya sementara saja, tak sampai sebulan dia kembali ceria seperti biasa. Kekasih yang tinggalkannya pun bukanlah cinta pertamanya. Sebelum ini dia pernah menjalin hubungan dengan ramai lelaki, jadi dia sudah tahu cara untuk mengatasi kekecewaan yang melanda di hati. Baginya satu pergi, 10 mari jadi tak perlulah dia meratapi kehilangan buah hatinya itu.

Khabar terbaru, dia kini dikatakan rapat dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Tak tahulah sama ada kali ini dia serius bercinta atau sekadar nak ‘test market’.

Apa pun niat dan tujuannya, artis itu dikatakan memaksa lelaki itu menceraikan isterinya. Mereka belum buat keputusan untuk berkahwin tetapi artis itu sudah buat onar dalam rumah tangga orang.


SS sedikit pun tidak terkejut mendengarnya kerana kalau SS sebut nama artis ini, semua orang tahu rekodnya macam mana. Lelaki dalam hidupnya silih berganti. Kemewahan hidupnya juga diragui ramai kerana kerjayanya tidaklah seberapa tetapi semua barang miliknya adalah berjenama antarabangsa.


Apa yang pasti, artis ini pantang berjumpa lelaki poket tebal, dia pun mulalah ‘menjiwai’ watak manjanya. Jika ikan sudah terhidang di depan mata, takkan kucing nak lari begitu saja.

1 comment: