Wednesday, March 5, 2014
AWIE DAN ERRA BERCINTA SEMULA
BENAR ATAU TIDAK???
SAYAPUN TIDAK TAHU...
Ketika artis ini berpisah de-ngan
kekasihnya baru-baru, ramailah yang bersimpati dengan nasibnya terutama
wanita-wanita yang mung-kin pernah melalui tragedi sama bercucuran air mata
kerana mengenangkan nasib malang yang menimpa artis ini.
Tetapi kesedihan artis itu hanya
sementara saja, tak sampai sebulan dia kembali ceria seperti biasa. Kekasih
yang tinggalkannya pun bukanlah cinta pertamanya. Sebelum ini dia pernah
menjalin hubungan dengan ramai lelaki, jadi dia sudah tahu cara untuk mengatasi
kekecewaan yang melanda di hati. Baginya satu pergi, 10 mari jadi tak perlulah
dia meratapi kehilangan buah hatinya itu.
Khabar terbaru, dia kini
dikatakan rapat dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Tak tahulah sama
ada kali ini dia serius bercinta atau sekadar nak ‘test market’.
Apa pun niat dan tujuannya, artis
itu dikatakan memaksa lelaki itu menceraikan isterinya. Mereka belum buat
keputusan untuk berkahwin tetapi artis itu sudah buat onar dalam rumah tangga
orang.
SS sedikit pun tidak terkejut
mendengarnya kerana kalau SS sebut nama artis ini, semua orang tahu rekodnya
macam mana. Lelaki dalam hidupnya silih berganti. Kemewahan hidupnya juga
diragui ramai kerana kerjayanya tidaklah seberapa tetapi semua barang miliknya
adalah berjenama antarabangsa.
Apa yang pasti, artis ini pantang
berjumpa lelaki poket tebal, dia pun mulalah ‘menjiwai’ watak manjanya. Jika
ikan sudah terhidang di depan mata, takkan kucing nak lari begitu saja.