Saturday, December 3, 2011

MEMEY SUHAIZA TINGGALKAN NORMAN HAKIM



SEPERTI baru semalam menyaksikan kemeriahan perkahwinan pelakon, Memey Suhaiza, 23, serta pasa–ngannya juga tidak asing dalam lapangan lakonan, Norman Hakim pada 24 September lalu.

Sedar tak sedar, rupanya sudah lebih dua bulan mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Norman ada mengatakan, sebaik berkahwin dia mahu Memey memberi tumpuan kepada rumah tangga sekali gus mengehadkan aktiviti seni.
Sebaliknya, hal itu tidak berlaku kerana cuma seminggu pasangan ini sempat meluangkan masa bersama apabila Memey terikat dengan jadual penggambaran
drama bersiri Nilapura di Ipoh, Perak.

Belum sempat berehat, pelakon berwajah ayu itu terpaksa terbang ke Semporna, Sabah, bagi melunaskan penggambaran drama bersiri, Layar Impian dari 2 November dan dijangka selesai pada 5 Disember ini.
Akui Memey, berat perasaan meninggalkan suami tercinta namun didatangi rezeki melimpah ruah juga membuatkan Memey tidak mampu menolak.

“Saya terima tawaran ini kerana sudah mengesahkannya sebelum berkahwin dan saya harus pegang pada janji. Lama juga saya berusaha memujuk abang (Norman) bagi mendapatkan keizinannya dan akhirnya dia akur memikirkan keputusan saya untuk menerima tawaran itu demi kebaikan kerjaya.

“Watak yang ditawarkan antara peranan yang saya idamkan. Kalau bukan sekarang mungkin saya tidak lagi berpeluang selepas ini. Saya sendiri yang hendak buat sangat drama ini.

“Terus-terang, abang bukanlah jenis mengongkong sangat. Namun saya faham, dia sekadar memainkan peranannya sebagai suami untuk menjaga saya.

“Ketika penggambaran Nilapura, saya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perak hampir setiap hari kerana selesai penggambaran Nilapura, dia akan ke Semporna pula. Saya anggap pengorbanan ini demi tugas.

“Tapi memang berat cabarannya kerana saya tidak pernah tidak bertemunya dalam tempoh yang lama. Seminggu di Sabah, saya sampai menangis apabila bercakap telefon dengan abang. Saya sebenarnya kasihan kepadanya sebab hari-hari dia merungut tidak ada orang hendak masak, mengemas dan basuh baju untuk dia.

“Bagaimanapun syukur, minggu kedua saya sudah boleh terima keadaan. Lagipun di Sabah, masanya pendek kerana jam enam petang sudah gelap jadi setiap hari kehidupan saya di sana terisi dengan kesibukan kerja,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Pameran Busana Perkahwinan Mutiara, baru-baru ini.

Kata Memey, dia akan bercuti panjang sehingga Januari nanti untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga selain merancang percutian bulan madu ke Paris bersama Norman.

“Hidup saya cukup tenang sekarang. Baru kini saya rasa betul-betul tenang.
Saya tidak perlu lagi memikirkan apa orang hendak cakap. Hendak bermesra-mesra dengan abang di khalayak umum pun tidak perlu rasa bimbang kerana kami mempunyai ikatan yang ‘halal’.

“Cuma saya masih lagi belajar membiasakan diri, maklumlah dulu uruskan diri sendiri sekarang sudah ada suami yang kini menjadi keutamaan. Kalau tidak ada penggambaran, rutin harian saya memasak untuk suami dan juga menguruskan rumah tangga.

“Dari segi pemakanan, abang agak memilih orangnya. Dia selalu ke gimnasium dan tidak gemar nasi atau hidangan yang berminyak. Jadi, kalau menu di rumah saya buatkan ‘lamb chop’, beef grilled’ dan masakan rebus. Saya sendiri pun sudah terikut-ikutkan sedangkan saya sangat suka pada masakan Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Memey mengakui dirinya belum bersedia untuk mempunyai anak sendiri. Katanya, dia merancang untuk tahun pertama untuk tidak hamil dan mahu mempunyai anak pada usia 25 tahun. Bagaimanapun, Memey tidak menolak jika diberi rezeki cepat dan akan terima.

Mengenai Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, gaun perkahwinannya rekaan Vera Wang yang ditaja Rafflesia berharga RM500,000 bersama veil mutiara Rafflesia (RM500,000) serta dua kasut bertatahkan mutiara putih dan keemasan Laut Selatan Rafflesia ilham Profesor Datuk Dr Jimmy Choo bernilai RM290,000 dan RM380,000 serta dua set tuksedo Norman yang dihiasi butang serta cufflinks mutiara Rafflesia turut dipamerkan.

Kata Memey, dia terharu dengan langkah Rafflesia dan Muzium Negara mengadakan pameran itu dan menganggap ia sebagai satu penghormatan terbesar buat dirinya dan suami.

“Timbul tohmahan mengatakan pakaian kami tidak layak memasuki pameran ini sedangkan bukan baju kami berdua saja malah busana perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza, Amber Chia dan Ning Baizura juga dipamerkan.

“Saya berharap orang ramai datang melihat pameran ini dan menilai sendiri mengapa harga gaun pengantin saya serta yang lain mencecah harga ratusan
ribu ringgit. Hasil pembuatannya yang menggunakan ribuan mutiara dapat menjelaskan segala-galanya,” katanya.

Tutur dipamerkan, koleksi baju perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman
Ruzaini bernilai RM150,000, gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza bertatah mutiara Rafflesia rekaan Khoon Hooi bernilai RM300,000, gaun perkahwinan Amber Chia bertatah mutiara Rafflesia rekaan Keith Kee bernilai RM380,000, gaun merah Anita Sarawak rekaan Khoon Hooi bernilai RM180,000, barang kemas Rafflesia dan
pelbagai barangan lagi.

Semua persalinan perkahwinan itu dipamerkan di Dewan Tengah, Muzium Negara bermula 26 November hingga 31 Disember ini.

1 comment:

  1. cehh . ingatkan ape lah tadi . rupeye tinggalkan norman just for bkerja je. HAHA

    ReplyDelete