Friday, August 19, 2011

WANITA DITIPU OLEH LELAKI ASING MELALUI INTERNET


Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata janda berumur 30-an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lalu dia telah dijemput seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.
"Mangsa mengadu telah mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri setelah diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku, telah membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital.

Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang.

Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu.

Mohd Adnan berkata polis telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu.

1 comment:

  1. jangan mudah terpengaruh dengan lelaki atau wanita yang tak dikenali

    ReplyDelete