Thursday, August 18, 2011

NASRI MUSUH ARSENAL


Pemain tengah Arsenal, Samir Nasri berkata dia bakal meninggalkan Emirates dengan rasa marah dan duka.

Nasri dijangka berpindah ke Manchester City dalam beberapa hari lagi dengan bayaran 22 juta pound (RM108 juta), selepas dia enggan menandatangani kontrak baru untuk terus menetap di utara London.

Pemain antarabangsa Perancis itu dilabel sebagai ‘tamak’ dan laungan suara sumbang jelas kedengaran daripada para penyokong Arsenal sewaktu bertandang ke Newcastle, Sabtu lalu.

Nasri digantung daripada perlawanan kelayakkan Liga Juara-Juara semalam, juga tidak diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Menerusi akaun Facebook, Nasri membalas: “Rundingan perpindahan hampir selesai. Namun saya pergi dengan rasa duka dan marah.

“Saya bangga pernah beraksi bersama Gunners tetapi tindakan para penyokong pada hujung minggu lalu amat mengecewakan saya.

“Saya masih merupakan pemain Arsenal, namun saya pasti akan meninggalkan kelab ini.”

Nasri turut membidas penyokong Arsenal menerusi Twitter Isnin lalu dan pemergiannya bakal mengundang rasa kurang senang di kalangan penyokong setia Gunners berbanding Cesc Fabregas ke Barcelona.

City menawarkan kenaikan gaji tiga kali ganda dari apa yang diperoleh Nasri sekarang 180,000 pound (RM882,000) bagi memikatnya ke Eastlands.

Apa yang nyata, Nasri kini dianggap musuh utama para penyokong Arsenal dan boleh menjangkakan layanan buruk apabila beraksi di Emirates kelak.

No comments:

Post a Comment