Wednesday, August 24, 2011

KYRGIAKOS BERPINDAH DARI LIVERPOOL



Pemain pertahanan veteran dari Greece, Sotirios Kyrgiakos meninggalkan Liverpool semalam untuk menyertai kelab Jerman, Wolfsburg dengan kontrak selama dua tahun.

Kyrgiakos, 32, yang beraksi untuk Eintracht Frankfurt dari 2006 hingga 2008 hanya berbaki kontrak setahun bersama Liverpool setelah beraksi sebanyak 49 kali selepas berhijrah dari AEK Athens pada 2009.

Namun Kyrgiakos yang turut pernah beraksi untuk kelab Scotland, Rangers membuat keputusan menyertai Wolfsburg setelah jurulatih juara Liga Jerman 2009 itu, Felix Magath mahu memperkukuhkan benteng pertahanannya selepas tewas 1-4 kepada Borussia Moenchengladbach, Jumaat lalu.

Liverpool tidak mendedahkan berapa jumlah wang yang mereka terima daripada penjualan Kyrgiakos itu.

Sebagai ganti, Liverpool kini dikatakan sedang membida pemain pertahanan Birmingham, Scott Dann dengan harga £8 juta (RM39.2 juta).

No comments:

Post a Comment