Tuesday, August 16, 2011

ISU GRADUAN UPSI : MAKLUM BALAS DARIPADA KPM


UPSI sejak 1997 sehinggalah ke hari ini masih terus menawarkan program pendidikan guru peringkat sarjana muda. Sehingga kini UPSI telah menawarkan sebanyak44 program pendidikan guru, menyediakan guru yang akan mengajar pelbagai mata pelajaran peringkat sekolah menengah.

Pengambilan pelajar ke program pendidikan guru di IPTA adalah berlandaskan ujuran yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) pada setiapa tahun. Kepada UPSI biasanya diunjurkan sekitar 50% hingga 60% pelajar, iaitu dalam lingkungan 2,300 orang pelajar baharu setiap kali pengambilan. Bakinya diagihkan kepada 13 buah IPTA lain yang juga menawarkan program pendidikan ijazah pertama.

Disebabkan unjuran dibuat KPM,terdapat beberapa program pendidikan guru terpaksa diberhentikan penawaran kerana tiada unjuran dibuat KPM. Sebagai contoh UPSI sudah dua tahun tidak menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Pendidikan Ekonomi,Pendidikan Perdagangan dan Pendidikan Teknologi Komunikasi Maklumat atau ICT kerana tiada keperluan daripada KPM. Ada program yang hanya dibenarkan mengambil 20 orang pelajar sahaja,sebab keperluan KPM hanya sebanyak itu dan UPSI tidak pernah melanggar permuafakatan baik dengan KPM yang telah wujud sekian lama. Tuduhan menyatakan UPSI tidak berunding dengan KPM dalam pengambilan bakal guru tidak benar.

Setiap tahun lebih kurang 95% graduat program pendidikan guru UPSI, sama ada pemegang biasiswa KPM atay pinjaman PTPTN, berjaya menjadi guru di bawah KPM, cuma lambat atau cepat penempatan dibuat oleh KPM, bergantung kepada pelbagai faktor, misalnya kekosongan yang ada dan garaduan lulus ujian INSAK serta temu duga,dan mendapat PNGK sekurangnya 2.75.

Bagaimanapun,ada di kalangan graduat program ini yang berminat mengajar di sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah di bawah pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Agama Negeri, Kolej MARA, Sekolah Antarabangsa dan sebagainya.Terdapat juga di antara mereka yang tidak menjadi guru tetapi memilih kerjaya lain yang memerlukan ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi semasa di UPSI. Berbekalkan ilmu dan kemahiran serta ditambah dengan kemahiran insaniah, graduat UPSI berjaya dalam kerrjaya yang mereka ceburi selain daripada perguruan.



No comments:

Post a Comment