Friday, August 26, 2011

ARTIS KAKI MEROYAN


KALAU nak diceritakan mengenai perihal aktres yang semakin berusia ini, memang sampai esok pun SS tak akan habis cerita sebab sudah banyak orang menyampaikan cerita dan mengadu mengenai sikap pelik dan ‘over’ yang selalu ditunjukkan.

Mana tidaknya, aktres yang bertubuh montok ini sejak dulu lagi sukakan kontroversi yang sengaja dicetuskan seolah-olah cuba mencari perhatian orang ramai dengan cara murahan. Kononnya dia putus cintalah, berkasih dengan bangsa asinglah, bermacam-macam lagilah.
Ada sekali aktres yang masih belum berpunya itu menghantarkan gambar-gambar kekasihnya kepada pihak media sedangkan hakikatnya, semua itu sengaja direkanya bagi meraih populariti.

Pendek kata, dia memang kuat ‘propa’ padahal cerita sebenarnya kecil saja dan kadang-kadang tidak wujud pun. Kiranya bijak jugalah dia membuat tugas promosi dan pemasaran dirinya bagi meraih perhatian daripada pihak media.


Terbaru, ada pula orang yang menyampaikan ke telinga SS khabarnya aktres tadi sudah menjerit-jerit di sebuah kedai serbaneka berdekatan dengan rumahnya, baru-baru ini. La, apa hal pula tu?


Apabila disiasat oleh beberapa kawan yang turut berada di tempat kejadian, rupa-rupanya aktres tadi mengamuk kerana marahkan jurujual di kedai serbaneka berkenaan yang khabarnya lambat melayannya.

Kata kawan SS, pelakon itu tidak sepatutnya mengamuk begitu teruk sekali hingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurujual itu. Kesiannya.

Lebih malunya kata teman SS lagi, aktres tadi siap bertanya kepada jurujual itu, “Eh, kau kenal siapa aku tak?”

Aduh, memang sah gila glamor betul aktres tadi kerana tiba-tiba bersikap ‘over’ sampai begitu sekali dan langsung tidak berpadanan dengan kesalahan yang mungkin orang lakukan.

Kalau ya pun orang lambat, ada cara lain yang lebih sesuai daripada naik hantu seperti itu. Kalau orang biasa bolehlah juga main tutup mata tapi sebab awak itu selebriti, sendiri mau ingatlah!

SS sendiri tidak tahu bila aktres itu akan mengubah sikap baran yang ada dalam dirinya itu. Bukan apa SS bimbang kalau kena buku dengan ruas, nanti malu besar dia kalau ada pihak yang sama naik melenting dan panas telinga.

Hidup ini kena banyak bersabar dan kadang-kadang semua itu satu ujian buat kita untuk berdepan dengan masyarakat. Kadangkala berdiam lebih baik daripada banyak bercakap dan permainan emosi orang yang berdiam dan bersabar itu kadangkala lebih baik untuk menyedarkan kesilapan orang lain.

No comments:

Post a Comment