Tuesday, August 16, 2011

ARTIS BARU MALAYSIA SOMBONG


HAI tak habis-habis SS dengar cerita artis berlagak sombong dan lupa diri. Ingatkan Ramadan yang mulia ini SS dapat dengar cerita baik-baik dan manis-manis saja tapi apakan daya, banyak pula cerita begini yang diterima.

SS tegur ini pun dengan niat ikhlas agar mereka yang berkenaan akan menerima teguran ini untuk kebaikan.
Sebaik saja teman SS menyebut nama artis itu, terus SS teringat peristiwa yang pernah berlaku di depan mata kawan sekerja SS pada satu majlis pelancaran drama bersiri.

Ketika itu, cerita yang SS dengar ada pelakon terkenal berkecil hati dengan sikap pelakon tadi yang memang sombong dan buat-buat tidak kenal sedangkan sebelum popular, aktres terkenal yang dianggap kakak angkat beliau itulah yang mengusung dia ke hulu ke hilir untuk memperkenalkannya kepada media dan produser.


Bayangkan, pelakon terkenal itu juga kebetulan kawan baik rakan sekerja SS.


Dia mengadu pelakon baru tadi yang pernah membintangi sebuah filem yang ‘tidak laku’, sanggup mengalih muka setiap kali bertentang mata seolah-olah tidak mahu
kenal.

Peliknya dalam satu insiden, sebaik saja ternampak pelakon terkenal tadi duduk bersembang dengan teman SS itu, dia terus datang bersalam dengannya semata-mata ingin menunjuk baik depan wartawan.

Terbaru pula, artis terkenal itu bercerita, ibunya pula terkena benda yang sama.

SS difahamkan, ketika itu pelakon terkenal itu bersama ibunya, berjalan di bazar Ramadan di kawasan Ampang.

Kebetulan ketika itu pelakon baru itu turut pergi ke bazar Ramadan yang sama dan terserempak dengan ibu pelakon terkenal tadi.

Bagaimanapun, sebaik saja ternampak, dia terus mengalih pandangan ke arah lain dan mula berjalan jauh agar tidak bertembung.

Hakikatnya, dulu, ibu pelakon terkenal inilah yang membawa dia berjumpa produser, membeli pakaian dan membuat pelbagai persiapan yang perlu sebelum dia bergelar artis.

Cerita teman SS lagi, hajat ibu pelakon terkenal tadi hanyalah sekadar ingin bertanya khabar dan berbual selepas lama tidak berjumpa tapi orang yang muda pula berperangai sombong.

Naik bingung ibu pelakon terkenal tadi dengan sikap pelakon baru yang boleh tahan seksinya itu.

Yang SS pelik, kenapa pula dia bersikap dingin dengan individu yang banyak membantunya sebelum
ini?

Dia baru sangat muncul dalam dunia filem tetapi sudah menunjukkan sikap yang kurang elok.

Takut nanti bila sudah popular makin teruk pula perangai ‘pelupa’ itu.

No comments:

Post a Comment