Thursday, August 18, 2011

ARSENAL HILANG ARAH TANPA FABREGAS


SELEPAS 24 jam kehilangan Cesc Fabregas, Arsenal turut dilihat hilang punca walaupun mencatat kemenangan 1-0 ke atas Udinese dalam saingan play-off Liga Juara-Juara di Emirates.

Kejayaan bersaing buat musim ke-14 di pentas tertinggi Eropah itu diakui, tampak kurang meyakinkan walaupun Arsenal mendahului menerusi jaringan Theo Walcott seawal minit keempat, malah skuad Arsene Wenger dianggap bernasib baik.
Hakikatnya, ketiadaan Fabregas di jentera tengah untuk melancarkan serangan terhadap kubu lawan, kini menyukarkan peluang Gunners dan selepas enam musim tanpa trofi, deretan bangku penonton yang kosong ketika perlawanan menentang Udinese, menggambarkan suasana muram di Emirates.

No comments:

Post a Comment