Wednesday, July 6, 2011

PELANCARAN PROGRAM BULAN KECERGASAN DI NEGERI SEMBILAN

Pada hari Sabtu 9 Julai 2011 ini semua sekolah di Negeri Sembilan akan melancarkan secara serentak program Bulan Kecergasan jam 8.00 pagi. Demikian dimaklumkan oleh Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan pada taklimat kepada semua pengetua dan guru besar sekolah Negeri Sembilan di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban petang semalam. 
Bulan Julai dipilih sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tema bertajuk "1Malaysia 1Kecergasan". Di sepanjang bulan Julai ini sekolah-sekolah diikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti kecergasan berdasarkan tiga komponen berikut: (1) Komponen Kecergasan berteraskan RIMUP seperti senamrobik, futsal, bola jaring; (2) Komponen Pendidikan dan Perpaduan seperti klinik kecergasan, kuiz kesihatan, ceramah kesihatan atau kecergasan, bicara sukan dan klinik sains perubatan; (3) Komponen Kesihatan seperti pameran gaya hidup sihat, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.

Objektif Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran peringkat Negeri Sembilan adalah:
1.            Menarik minat pelajar,menyediakan peluang dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti-aktviti sukan, rekreasidan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
2.            Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khsusnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta bagaimana nilai-nilai ini dapat membantu ke arah melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
3.            Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pelajar berbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.
Mekanisme pelaksanaan program bulan kecergasan peringkat Negeri Sembilan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Bil.
Minggu Pelaksanaan
Aktiviti
Kumpulan Sasaran/Catatan
1.
Pertama
1.                  Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan KPM 2011 (9 Julai 2011)
2.                  Kuiz Kesihatan
Peringkat sekolah
2.
Kedua
1.                  Futsal
2.                  Bola Jaring 3 on 3
3.                  Pameran Gaya Hidup Sihat
Peringkat sekolah
3.
Ketiga
1.                  Sukaneka
2.                  Ceramah Kesihatan/Kecergasan
3.                  Pemeriksaan Kesihatan
Peringkat sekolah
4.
Keempat
1.                  Futsal Peringkat Negeri
2.                  Bola Jaring 3 on 3 Peringkat Negeri
3.                  Klinik Kecergasan
4.                  Kempen Derma Darah
Peringkat PPD
Peringkat Negeri


No comments:

Post a Comment