Saturday, July 23, 2011

NAJIB KATA ANWAR PURA-PURA CEDERA



Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.
Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.

No comments:

Post a Comment