Tuesday, July 26, 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA : PEMBELIAN TIKET ONLINE

BENTENG pertahanan skuad kebangsaan dijangka kembali kukuh apabila Aidil Zafuan Radzak bakal diturunkan pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada Khamis ini setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali. Berdasarkan sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam, Aidil, 24, berkemungkinan besar bakal bergandingan dengan Fadhli Shas di posisi pertahanan tengah.

Menurut Aidil, apa yang kurang pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu, barisan pertaha- nan negara agak kelam-kabut ketika menerima asakan Singapura sehingga akhirnya bolos sebanyak lima gol.

“Memang dalam situasi sekarang apabila barisan pertahanan dibolosi banyak gol dalam beberapa perlawa- nan terakhir, ia satu tugas berat untuk kami kembali pada keadaan sebenar. “Cuma sebagai pemain yang memerhatikan perlawanan Sabtu lalu dari tempat duduk penonton, saya boleh beritahu apa sepatutnya kami perlu lakukan.

“Kita sebenarnya perlu beraksi dengan lebih tenang dan jangan kelam- kabut,” kata Aidil ketika ditemui sele- pas sesi latihan petang semalam. Aidil yang bakal kembali mengambil alih tugas sebagai kapten pada aksi Khamis ini turut menyatakan bahawa tiada kelebihan sebenarnya dimiliki oleh skuad Singapura. “Tiada istimewa pun skuad mereka. Kalau ikutkan, kita main lebih laju. Cuma kita sendiri yang tunjuk kelemahan kita kepada mereka. Jadi kita perlu bermain dengan corak permainan sebenar. “Tentang Aleksandar Duric, memang kelebihan dia pada fizikal dan pergerakan tubuh tetapi saya sudah banyak kali berdepan dengannya dan tahu menjaganya,” tegas Aidil.

No comments:

Post a Comment