Wednesday, July 13, 2011

BERSIH: KEMATIAN BAHARUDIN AHMAD

Rosni Malan masih menunggu laporan bedah siasat ke atas jenazah suaminya, Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.
Laporan bedah siasat itu penting bagi membolehkan keluarganya mengetahui sebab sebenar kematian Allahyarham, kata Rosni ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di AU3, Setiawangsa hari ini.
Sedangkan, polis telahpun membuatkenyataanbahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.
Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, yang masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.
Rosni juga tertanya-tanya sama ada kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan yang disertai Allahyarham Baharudin di hadapan KLCC, Jalan Ampang pada petang Sabtu lalu.
"Jadi saya masih tidak tahu (Baharudin) meninggal dunia sebab kena gas atau apa. Saya tak tahu sama ada dia kena kejar polis.
"Benda-benda pasal ini banyak orang bercerita, tapi saya tidak ada di tempat kejadian," katanya lagi.
Dilaporkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu setelah terjatuh di bangunan Avenue K di Jalan Ampang.

No comments:

Post a Comment