Sunday, July 24, 2011

ARTIS MALAYSIA SEKSI SEPERTI MARIA OZAWA


SABAN minggu, Gayah perhati seorang demi seorang artis baru muncul. Yang perempuan ramai pula yang ‘seksi meksi’. Lihat aksi mereka di majalah mahu terliur dibuatnya, apakan tidak, berbikini di kolam renang dengan air membasahi pipi. Yang berbaju ada nak terlondeh dan tersembul pula.

Bukan Gayah nak kepoh, tetapi sebagai kaum Hawa, Gayah tak boleh terimalah ‘adik-adik’ Gayah itu nak beraksi seksi. Tidak salah untuk Gayah menegur mereka.


Sebab Gayah tak mahulah nanti, jika tidak ditegur semakin menjadi-jadi pula artis remaja kita, penyudahnya rosak akhlak dibuatnya.

Terkenang Gayah ketika mula jejak kaki di persada seni. Walaupun Gayah hanya orang balik tabir, namun perkataan ‘artis ikon masyarakat’ acap kali Gayah dengar.


Cuma bila difikir kembali, sesuaikah jolokan itu untuk artis, dalam erti kata artis dijadikan ikon bagi masyarakat, terutama remaja? Bukan apa, baru-baru ini mahu terbelalak biji mata Gayah terpandang ‘posing maut’ seorang artis wanita bintang AF3. Aksinya dengan berpakaian menjolok mata dengan beberapa adegan mengghairahkan di sebuah majalah, bagi Gayah ngalahkan posing artis Barat dibuatnya.


Tak tahu kaum Hawa lain tetapi bagi Gayah, geli geleman pula lihat aksi artis itu, hinggakan ada kawan Gayah kata, “fuyoo... cam Maria Ozawa.” Artis itu memang mempunyai ramai peminat, tetapi udah begitu ‘aksi terlampaunya’ adakah sesuai kita nak dijadikan idola? Biarpun latar artis itu bukan beragama Islam, rata-rata peminatnya orang Melayu yang beragama Islam. Patutnya artis seksi itu kenalah ada sensitiviti sedikit.

Panjang benar Gayah membebel, naik kematu jari menaip, ah lantaklah, ada Gayah kisah. Bagi Gayah, kalau benar ada artis kita mahu ikut aksi bintang Hollywood atau Bollwood ke, ukur baju di badan sendiri sekurang-kurangnya cipta nama di sana ke dan bukan jaja kontroversi murahan di sini.

No comments:

Post a Comment