Saturday, June 25, 2011

TAYANG VIDEO LUCAH

Trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu didenda oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah menayang secara terbuka adegan lucah kepada umum.

Dua daripada trio itu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, 51, dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim, 72, masing-masing didenda RM3,000 dan RM1,500.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, 60, pula didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Shazryl dan Shuaib.

Jika gagal membayar denda tersebut, Shazryl berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala Shuaib dan Abdul Rahim masing-masing bakal dikenakan penjara dua bulan dan sebulan.

Kesemua tertuduh tenang sepanjang prosiding dan tersenyum sebaik hukuman diputuskan.

Majistret Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas menerima pengakuan salah serta meneliti fakta kes dan eksibit yang dikemukakan kepada mahkamah.

"Hukuman yang dijatuhkan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan tertuduh yang perlu seimbang, rayuan dan hujah serta latar belakang masing-masing," kata Aizatul.

Terdahulu, Shazryl dan Shuaib didakwa dengan niat bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adegan seorang lelaki dan wanita secara terbuka antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.

No comments:

Post a Comment