Tuesday, June 28, 2011

KEHIDUPAN ARTIS "PANAS"

Kehidupan insan seni sebenarnya penuh dengan warna-warni. Orang luar tentu menyangka setiap perbuatan dan kata-kata mereka penuh kejujuran sedangkan sebenarnya banyak yang dusta daripada benar.

Kalau mereka cakap sesuatu jawapan itu A, belum tentu betul kerana kadangkala jawapan itu boleh jadi B atau C.


SS sendiri boleh dikatakan masak dengan dunia seni dan tahu sangat artis kita banyak yang kaki temberang daripada yang bercakap benar. Kadangkala depan kita mereka manis mulut dan pijak semut pun tak mati, tapi di belakang kita, perangainya memang dahsyat sampaikan SS malas nak cakap.

Boleh dikatakan teman seangkatan SS sudah lali dengan jenis artis yang hanya mudah dicari apabila memerlukan publisiti mengenai karier mereka, tapi apabila terjadi sesuatu kes, alamatnya nak mencari mereka untuk dapatkan komen memang susah. Inilah tabiat artis kita sejak dulu sampai sekarang.


SS sentuh perkara ini kerana kebetulan ada sumber bercerita perihal perangai artis yang ditemuinya. Macam orang lain juga, sebelum bekerja dalam bidang seni, dia sangkakan setiap kata-kata yang keluar daripada mulut artis jujur dan ikhlas. Tak hairanlah ramai yang sanggup menjadikan artis sebagai idola mereka.


Bagaimanapun, sumber ini terkejut apabila bekerja dalam bidang seni, macam-macam warna sebenar artis kita yang dapat dilihatnya yang memang teruk. Paling mengejutkan ada antara mereka berani bawa kekasih menemani mereka ke sesuatu lokasi sedangkan setiap kali bercakap dengan media, mengaku rumah tangga aman bahagia. Artis ini juga digambarkan sebagai suami dan bapa yang baik.

Habis kalau baik, macam mana pula boleh pergi ke sana sini dengan gadis lain? Agak pelik kerana jikalau sekadar pembantu peribadi, takkanlah sampai begitu sekali kemesraannya. Selepas melihat beberapa peristiwa ini, pandangan sumber tadi mula berubah. Barulah dia faham warna sebenar artis kita.


SS letih nak komen lebih-lebih, tapi SS rasakan dunia seni kita penuh dengan kacau-bilau. Sebab itulah SS tak hairan sangat apabila berlaku kes gambar seksi dan macam-macam lagi kerana matlamat artis sekarang bukan nak berkarya sangat, tapi lebih mencari glamor dan mengambil kesempatan atas populariti yang dikecapi.

No comments:

Post a Comment