Thursday, April 28, 2011

VIDEO SEKS MIRIP ANWAR IBRAHIM (BAHAGIAN KEDUA)

GAMBAR-GAMBAR SEKS MIRIP KETUA PEMBANGKANG BAHAGIAN KEDUA


KUALA LUMPUR: Bahagian kedua klip video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China disebarkan menerusi laman video YouTube, semalam.
Klip video selama 1 minit 47 saat saat bertajuk Papa Nurul Izzah Part II itu, dimuat naik oleh pemegang akaun YouTube menggunakan nama ‘Wakparjosudorno’ dan dipaparkan menerusi pautan di beberapa laman blog sejak petang semalam.
Ia adalah susulan bahagian pertama bertajuk ‘VTS 01 1’ yang dimuat-naik ke laman berkenaan awal bulan ini oleh ‘thepowercam.’

Berbeza dengan video seks sebelum ini, video kali ini tidak memaparkan bahasa Thailand, namun memaparkan tarikh dan masa rakaman yang jelas, iaitu pada 21 Februari 2011 antara jam 10.43 malam hingga 10.45 malam.

Paparan video siri kedua itu menunjukkan lelaki yang sama dengan lelaki dalam video pertama yang mula tersebar pada 4 April lalu, memakai tuala sambil memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Kali ini, paparan berkenan dipercayai pada babak akhir dengan lelaki terbabit memakai semula pakaiannya, manakala wanita itu berjalan ke bilik air dalam keadaan bogel.
Video itu bagaimanapun dipadam dari Youtube pada jam 6.30 petang kerana dipercayai melanggar syarat dan terma Youtube. Namun, sehingga malam video berkenaan masih boleh dimuat-turun di beberapa laman web.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi enggan mengulas mengenai penyebaran video kedua itu.

“Buat masa ini saya tidak mahu mengeluarkan sebarang ulasan namun saya akan jelaskan kepada media esok (hari ini) selepas meneliti maklumat ini. Saya difahamkan video berkenaan sudah dipadamkan dari Youtube,” katanya.


Trio 'Datuk T' sumpah laknat selepas solat Jumaat

PUTRAJAYA: Trio 'Datuk T' dijangka melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing, esok.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim dijangka berbuat demikian di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta dekat sini.

Sumpah laknat terbabit akan diadakan selepas solat Jumaat yang bakal dihadiri lebih 2,000 orang termasuk jemaah.

Shuib yang dihubungi semalam mengesahkan mengenai sumpah laknat itu tetapi tidak menjelaskan lokasinya.

"Perkara ini (sumpah laknat) dibincangkan oleh Datuk (Shazryl) Eskay dan Tan Sri Rahim dan saya baru dimaklumkan, jadi saya akan ikut sama," katanya.

Bagaimanapun, cubaan menghubungi Shazryl Eskay dan Rahim gagal.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika ditemui berkata beliau mengalu-alukan sekiranya Trio Datuk T dan Anwar mahu bersumpah berhubung perkara itu.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu tetapi kalau benar Alhamdulillah, saya amat mengalu-alukan kerana semua umat Islam akan dapat satu kejelasan pemikiran (mengenai) kedudukan dan pertuduhan sebenar.

"Kita amat gembira dan bersyukur kerana Tuhan memberi jalan supaya satu perkara yang begitu besar dan membebani pemikiran masyarakat umat Islam di Malaysia diselesaikan (dengan bersumpah),” katanya pada sidang media selepas pra-pelancaran Karnival Inovasi Islam 2011 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, sumpah laknat adalah satu mekanisme penyiasatan yang digunakan di Mahkamah Syariah untuk menyoal saksi kes jenayah syarie.

“Ini adalah salah satu mekanisme mahkamah dan penyiasatan dalam Islam adalah sumpah seperti ini. Sumpah dalam Islam senang saja iaitu Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” katanya.

No comments:

Post a Comment