Saturday, April 23, 2011

ARTIS BERCIUM






SIAPA sangka buah cempedak sekarang boleh jadi nangka. Itulah kata-kata yang sesuai SS gunakan kerana kalau melihatkan perangai seorang artis kacak ini yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita.

Sudahlah kacak dan sedap mata memandang, penampilannya juga nampak seperti orang baik-baik dan ‘cool’. Apalagi kalau membawakan watak hero, ramailah wanita yang akan cair dan meleleh air liur. Pendek kata, bertuah sungguh si isteri artis itu kerana dapat memiliki suami yang segak dan sasa.
Namun macam SS cakap tadi, buah cempedak sekarang sudah boleh jadi nangka dan pepatah sekilas ikan sudah tahu jantan betina pun makin susah hendak dilafazkan.

Walaupun nampak bahagia dengan isteri dan anak, sumber berkata, artis ini masih lagi dengan selera lamanya iaitu meminati kaum sejenis!


Remang sekejap bulu tengkuk SS mendengarnya kerana dari segi sifat, artis itu nampak cukup baik dan sempurna. Tapi dalam diam-diam dia suka mengunjungi pusat hiburan yang turut dikunjungi golongan songsang.
Sumber SS itu berkata dia sangat terkejut kerana melihat artis itu berpeluk cium tanpa segan silu dengan pasangannya di kelab eksklusif itu. Mereka nampak sungguh bahagia dan seolah-olah tidak pedulikan tetamu lain.

SS tak tahu nak cakap apa, cuma SS harap artis itu akan cepat sedar bahawa perbuatannya itu menyimpang daripada norma kehidupan ini dan tuntutan agama.

Patutlah dia jarang digosipkan dengan artis wanita lain kerana dia tidak pernah main kayu tiga dengan artis perempuan. Jadi selamatlah rumah tangga daripada mara bahaya. Namun bahaya yang satu ini pula jangan dibuat main-main. Tahulah zaman sekarang, macam-macam orang boleh buat kalau alpa dan khayal. Tup-tup muncul di Internet. Masa gitu, menangis air mata berlian pun sudah tidak berharga lagi. Ingat-ingatlah.


Para pelakon bangsawan akan memakai kostum tradisional dan berbeza bergantung pada watak yang dilakonkan dan bentuk cerita yang dipentaskan. Mereka akan memakai kostum yang indah, berkilauan dan bergemerlapan. Ditambah lagi dengan tirai pemandangan yang berwarni-warni menjadikan pementasan bangsawan merupakan teater tradisi yang sangat diminati oleh masyarakat tidak mengira bangsa mahupun peringkat umur.

daripada: metro

2 comments: