Sunday, March 6, 2011

KARANGAN PENCEMARAN SUNGAI

FAKTOR-FAKTOR PENCEMARAN SUNGAI



Faktor pertama yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini biasanya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca seterusnya ialah pembuangan sisa-sisa toksik yang beluasa oleh manusia yang tidak bertanggungjawab terutamanya dari kilang-kilang yang berhampiran dengan sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Mereka cuma tahu menghapuskan sisa toksik dengan cara pantas tanpa memikirkan risikonya. Pihak yang melakukan aktivi yang tidak bermoral ini sepatutnya diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.   

Faktor yang ketiga ialah aktiviti pembalakan yang tidak terkawal juga mampu menjejaskan sungai. Seperti yang tertulis di media massa aktiviti pembalakan semakin hari semakin beluasa dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti pembalakan sama ada yang dibenarkan atau haram telah menyebabkan banyak kawasan hutan dalam negara ini hilang dalam sekelip mata sahaja. Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi salah satu alat penapis pencemaran semulajadi tetapi jika hutan sudah tiada bermakna kita sudah kehilangan sistem yang mampu menapis pencemaran ini. Sesungguhnya pencemaran alam di negara ini berlaku kerana sektor pembalakan hutan.

                                                                            

No comments:

Post a Comment