Saturday, March 26, 2011

ARTIS MALAYSIA BERPELUK






Tidak mengaku bercinta tapi perlakuan macam 'belangkas' ke sana ke mari bersama. Di mana ada sang kumbang, di situlah ada bunganya. Tapi biasalah artis, hanya sebilangan kecil saja yang terbuka membicarakan soal cinta manakala sebahagian besar yang lain gemar berahsia.
Apa yang cuba SS perkatakan ini ada kena-mengena dengan dua pelakon baru meningkat naik. Mereka ini dikaitkan bercinta selepas dipertemukan dalam sebuah filem. Seluruh kru produksi sedar akan kewujudan cinta antara mereka sepanjang berada di lokasi penggambaran.
Aura kasih sayang mereka itu nampaknya sudah menular ke pengetahuan umum. Bagaimanapun, ketika ditanya pihak media kedua-duanya tidak mengaku, sebaliknya menafikan dengan mengatakan hubungan mereka tidak melebihi seorang sahabat.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini rakan SS terserempak pasangan ini termasuk dua lagi pasangan yang bersama-sama mereka.
Rakan SS berkata, pelakon muda ini melepak di sebuah restoran dan sebelum duduk di situ, dari jauh lagi rakan SS ternampak kelibat mereka berdua berpimpin tangan.
Ketika menikmati makanan pun, pelakon lelaki itu beberapa kali menyuapkan makanan ke mulut pelakon wanita itu. Sesekali mereka berpelukan bagaikan orang sedang hangat dilamun cinta.
Kalau sudah gayanya begitu, takkan kawan biasa kot? Mungkin memang begitu cara orang muda sekarang menunjukkan kasih sayang terhadap sahabat mereka.

No comments:

Post a Comment