Friday, February 18, 2011

KARYA FAISAL TEHRANI

Antara novel beliau yang telah diterbitkan, Cinta Hari-hari Rusuhanterbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. 1515 oleh Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications. Rahsia Ummiditerbitkan oleh Zebra Publications 2003. Tunggu Teduh Dulu disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008).1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003. Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor (2007). Ia merupakan sequel kepada Detektif Indigo. Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel umum. Bedar Sukma Bisu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.Manikam Kalbuoleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Ia memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja. Di sebuah majlis pada 22 Disember 2009, Manikam Kalbudianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.Manikam Kalbu turut meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007. Tuhan Manusia oleh Ameen Publishing (2007). Novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin (2007) terbitan Aberdeen World. Detektif Indigo Kembali(2008) terbitan Ameen Publishing. Ia merupakan sambungan kepada Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson. Ketupat Cinta di Harian Metro (sejak 13 Januari 2008-5 Ogos 2008) dan diterbitkan kembali oleh Ameen Publishing (2009) sebagai Ketupat Cinta Musim Pertama. Saasatul Ibaadterbitan Aberdeen World (2008).Bahlut terbitan Ameen Publishing (2010).

Dalam bidang drama, karya Faisal Tehrani ialah; Rintih Chicago(memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97). Angin Madinah(memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia-DBP dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001). MISI (1999-2000) telah ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di bawa mengelilingi Malaysia, ia dipentaskan di Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang. TiVi ia adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Monsopiad dan lain-lain Cerita dipentaskan pada 5-7 Disember 2003 di Esplanade Singapura, didanai oleh National Art Council of Singapore. Monsopiad dan lain-lain Cerita dicalonkan untuk Anugerah Cameronian Award 2003 bagi kategori skrip drama Melayu terbaik. Bila Tuhan Berbicara (2007) terbitan Ameen Publishing. Karbala(2008) terbitan Aberdeen World. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM dan disifatkan oleh majalah Pentas Jilid 3 Bilangan 4 terbitan Istana Budaya sebagai 'pementasan yang monumental'. Pada 13-16 Ogos 2009 bertempat di Wisma ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), Faisal Tehrani kembali mengarah sebuah teater keagamaan dengan menampilkanKopitiam Ghadir. Ia menampilkan "hiburan intelektual" dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan nasyid 'Revolusi Pembudayaan Selawat'.KopitiamGhadir diulang pementasannya pada 1-4 Julai 2010.

Kumpulan cerpen Faisal pula ialah, kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997). Juga kumpulan cerpen mini diterbitkan di Sasbadi dengan judul Safari Gilgit (1997), kumpulan cerpen Undergroundbersama Azman Husin dalam tahun 2000, kumpulan cerpen 'Lagi-Lagi Underground' dengan Saharil Hasril Sanin tahun 2002. kumpulan cerpenPerempuan Anggerik terbitan DBP pada tahun 2002, kumpulan cerpen ini disenarai pendekkan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, kumpulan CerpenKekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World (2006). Dalam tahun 2010 beliau menerbitkan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu.

Dalam bidang puisi Faisal Tehrani muncul dengan kumpulan puisi beliau yang pertama iaitu Ingin Jadi Nasrallah pada tahun 2010. Ia diterbitkan oleh Ameen Publishing.

Buku panduan penulisan kreatif tulisan beliau ialah 'Karya Nan Indah' (Ameen Publishing 2007).

Mulai tahun 2008, Faisal Tehrani berjinak-jinak dalam dunia filem dengan karya beliau yang pertama'Pelampau Anti Kebun Binatang'.

Prinsip penulisan beliau: Kerja kita sebagai sasterawan adalah pertamanya, kerja sebagai pengawal masyarakat; keduanya, kerja menjadi tukang cakap aspirasi ummah; ketiganya kerja sebagai rujukan bangsa di saat mereka menghadapi persoalan yang menekan; keempatnya, kerja sebagai tali pengikat atau integrator supaya dapat membangunkan potensi masyarakat. 

No comments:

Post a Comment