Tuesday, February 22, 2011

BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA


Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca

     Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Hal ini dapat  dibuktikan apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi. Dalam perjalanannya dari China ke India, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan dengan meluasnya di Palembang. 
     Francois Valentijn pernah meriwayatkan bahawa kerajaan Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan  Melayu  dengan pedagang-pedagang dari Eropah dan Asia Barat. 
     Natijahnya, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. 

Perkembangan Bahasa Melayu 

Perkembangan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga tahap;
i)    Bahasa Melayu Kuno
ii)   Bahasa Melayu Klasik
iii)  Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno 
     Tahap bahasa Melayu kuno dianggarkan bermula dengan kelahiran kerajaan Jambi dan kerajaan Srivijaya, kira-kira abad ke-7 hingga ke-11. Menurut catatan Cina, kerajaan Melayu pernah menghantar utusan ke negeri China pada tahun 644 Masihi. 
     Sejak abad ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya sudah terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan agama Buddha. Menurut I-Tsing bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajar bahasa Sanskrit, agama Buddha dan menjadi alat pernyataan seni dan sastera. 
     Pada zaman ini sejak kurun ke-7 Masihi pengaruh Hindu dan Buddha banyak memberi kesan kepada bahasa Melayu , terutama sekali dalam bidang agama. Bahasa Melayu yang pada mulanya menjadi bahasa harian berubah fungsinya kepada bahasa agama dan falsafah. Bahasa Melayu mula menerima kosa kata bahasa Sanskrit seperti kepala, dosa, neraka dan lain-lain.

Ciri Dan Bahan Bukti Bahasa Melayu Kuno

1.
Bahasa Melayu Kuno mengalami proses perubahan dengan menerima kata-kata daripada bahasa Sanskrit. Penerimaan kata-kata ini penting untukmengungkapkan ide dan konsep yang baru. Ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti;
IBatu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi)
IIBatu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi)
IIIBatu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi)
IVBatu Bersurat Karang Brahi, Jambi (680 Masihi)

No comments:

Post a Comment