Saturday, January 16, 2010

Pasar Malam Tanjung Malim Terbakar

Hari ini Sabtu 16/01/10 saya dan kawan satu rumah dengan saya pergi ke pasar malam kira-kira pada pukul 5.30 petang. Kami berdua menaiki bus. Keadaan cuaca pada masa itu mendung. Semasa menaiki bus hendak pergi ke pasar malam hujan sudah turun satu demi satu iaitu renyai-renyai. Setelah sampai di Pekan Tanjung Malim, hujan sudah turun dengan lebatnya. Rancangan kami yang pertama adalah hendak mengambil duit di CIMB bank. Disebabkan hujan lebat kami berdua terpaksa berlari untuk menuju ke destinasi. Selepas itu, kami berdua berjalan-jalan di kaki lima dan adakalanya masuk ke dalam kedai sambil melihat baju sementara menunggu hujan berhenti. Namun, hujan tetap lebat. Saya dan kawan saya terus pergi ke pasar malam untuk membeli makanan. Setelah hampir tiba di pasar malam, saya ternampak dari jauh asap berkepul-kepul. Dalam minda saya "mesti ada gerai yang terbakar ni". selepas itu, saya cepat-cepat berlari untuk mengetahui keadaan yang berlaku. Saya nampak api yang sedang marah. Benar kata pepatah "jika api yang kecil menjadi kawan, jika api yang besar menjadi lawan". Saya tidak sempat untuk mengambil gambar api tersebut kerana sudah disembur dengan alat pemadam api. Saya hanya sempat mengambil gambar asap api itu sahaja.

Asap berkepul-kepul


Api sudah dipadamkan


Inilah keadaan gerai yang terbakar.


Keadaan gerai Si Penjual yang sudah disembur dengan alat pemadam api. Kasihannya dia.


Suasana Pasar Malam yang meriah dengan pelbagai gelagat dan reaksi pada pengunjung


Walaupun hujan lebat di Pasar Malam Tanjung Malim, namun para pengunjung yang berkunjung ke Pasar Malam tersebut tetap setia untuk membeli barang yang diperlukan. Meriah juga keadaan sedemikian.


Lelaki yang berbaju merah yang segak berdiri itu adalah rakanku. Kami berdua seolah-olah seperti bermain hujan kerana seluar dan baju basah. Lagipun, kami berdua tidak menggunakan payung dan berkejar ke sana ke sini untuk mencari barang yang diperlukan


Lelaki yang berbaju putih itu adalah aku yang sedang berteduh sementara menunggu hujan renyai-renyai.Baju dan seluar juga turut basah.


Seluarku basah disebabkan hujan lebat

26 comments:

  1. x best bile time ujan mase pg pasar malam

    ReplyDelete
  2. uiks asal aku pegi td xnmpk pun..hhehehe

    ReplyDelete
  3. lamanya x pg pasar tg malim...pasar malam kat bus stand kan?pasar pagi yg dekat parking keta lapang tu..

    ReplyDelete
  4. to nina..
    best la time hjan pg psr mlm sbb dpt main hjan..skali skala main hujan..hehehe

    ReplyDelete
  5. macam la boleh terbakar tu kan. kesian nye la kat gerai org tu.

    ReplyDelete
  6. disebabkan hujan lebat disertai oleh angin kot menyebabkan terbakar. Api ditiup oleh angin..
    kesian die..

    ReplyDelete
  7. to black mel...pasar mlm skrng depan Maybank...

    ReplyDelete
  8. uiksss.. kol brape kebakaran tu? sebab ade gk g pasar malam sabtu tu

    ReplyDelete
  9. to panny...
    kira2 kul 6 lebih kot...xtengok jam...
    awk dh blik kot...

    ReplyDelete
  10. kesiannya peniaga tu

    dpt tooth fairy

    ReplyDelete
  11. Walawe... hujan pun pg pasar gak.. klau aku, kensel dh.. tak best..

    ReplyDelete
  12. to nazz..
    skali skala la bro..
    kena hujan silap2 boleh sakit..

    ReplyDelete
  13. pasar mlm tanjung malim best...meriah...kul 5 petang memang dah bnyk gerai......sesuai la student dok p time2 tuh

    ReplyDelete
  14. penah p jenjalan kt upsi tp x p psr mlm,
    n penah brbasikal p upsi,lucu..dh lama x nek beskal,
    skrg student upsi masih brbasikal ke

    ReplyDelete
  15. To Manager..
    awk student upsi ke?
    ade jga yg masih naik basikal..tapi dah kurang la..

    ReplyDelete
  16. ohoho....macm penah pg pasar malam ni....
    tp....
    hmmm...silap kot...
    hihi

    ReplyDelete
  17. hehe dah rindu nak g pasal malam tanjung malim huhu

    ReplyDelete
  18. to eija..
    knape rindu?
    lame xpegi psr mlm ye?

    ReplyDelete
  19. kenapa saya tak tau pasar tg malim terbakar
    hari2 pegi keje lalu situ
    hehehe

    ReplyDelete
  20. kesian kt brader peniaga tu.. takper la mgkin takder rezki aritu...

    ReplyDelete
  21. kesian penjual tu
    habes kegai dia kena sembur
    ish3

    ReplyDelete
  22. memang kesian si penjual tu..
    xde rezeki..habes kena sembur...

    ReplyDelete
  23. apa kata.... jom ikut ke pasar mlm di blog abdgin?

    yong tau fu RM5!

    ReplyDelete