Thursday, January 21, 2010

First love is like playing with fire

First love is like playing with fire:
Aglow with pain and glory.
Tell me, my dear first love,
Whether I'm burned into your heart.

The fire in your body,
The glory of your touch:
Ah! my dear first love,
Never, never leave my heart!

Although the fire is distant,
The pain is always near.
My dear first love, please listen:
I hold you in my heart.

I love you with all I am

I love you with all I am
And all I'll ever be.
You are my moon, my sun and stars,
My earth, my sky, my sea.

My love for you goes down and down
Beneath both life and death,
So deep it must remain when I
Have drawn my last faint breath.

Holding you for months and years
Will make Time disappear,
Will make your lips my lips, your face
My face, your tear my tear;

Will make us one strange personage
All intertwined in bliss,
Not man or woman, live or dead
Just nothing--but a kiss!

Saturday, January 16, 2010

Pasar Malam Tanjung Malim Terbakar

Hari ini Sabtu 16/01/10 saya dan kawan satu rumah dengan saya pergi ke pasar malam kira-kira pada pukul 5.30 petang. Kami berdua menaiki bus. Keadaan cuaca pada masa itu mendung. Semasa menaiki bus hendak pergi ke pasar malam hujan sudah turun satu demi satu iaitu renyai-renyai. Setelah sampai di Pekan Tanjung Malim, hujan sudah turun dengan lebatnya. Rancangan kami yang pertama adalah hendak mengambil duit di CIMB bank. Disebabkan hujan lebat kami berdua terpaksa berlari untuk menuju ke destinasi. Selepas itu, kami berdua berjalan-jalan di kaki lima dan adakalanya masuk ke dalam kedai sambil melihat baju sementara menunggu hujan berhenti. Namun, hujan tetap lebat. Saya dan kawan saya terus pergi ke pasar malam untuk membeli makanan. Setelah hampir tiba di pasar malam, saya ternampak dari jauh asap berkepul-kepul. Dalam minda saya "mesti ada gerai yang terbakar ni". selepas itu, saya cepat-cepat berlari untuk mengetahui keadaan yang berlaku. Saya nampak api yang sedang marah. Benar kata pepatah "jika api yang kecil menjadi kawan, jika api yang besar menjadi lawan". Saya tidak sempat untuk mengambil gambar api tersebut kerana sudah disembur dengan alat pemadam api. Saya hanya sempat mengambil gambar asap api itu sahaja.

Asap berkepul-kepul


Api sudah dipadamkan


Inilah keadaan gerai yang terbakar.


Keadaan gerai Si Penjual yang sudah disembur dengan alat pemadam api. Kasihannya dia.


Suasana Pasar Malam yang meriah dengan pelbagai gelagat dan reaksi pada pengunjung


Walaupun hujan lebat di Pasar Malam Tanjung Malim, namun para pengunjung yang berkunjung ke Pasar Malam tersebut tetap setia untuk membeli barang yang diperlukan. Meriah juga keadaan sedemikian.


Lelaki yang berbaju merah yang segak berdiri itu adalah rakanku. Kami berdua seolah-olah seperti bermain hujan kerana seluar dan baju basah. Lagipun, kami berdua tidak menggunakan payung dan berkejar ke sana ke sini untuk mencari barang yang diperlukan


Lelaki yang berbaju putih itu adalah aku yang sedang berteduh sementara menunggu hujan renyai-renyai.Baju dan seluar juga turut basah.


Seluarku basah disebabkan hujan lebat

Monday, January 11, 2010

Mutiara Kata



Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharapkan pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia
Begitu teguh…cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sesekali ia retak..
Tentu sukar untuk kamu menambahnya semula..
Akhirnya ia akan dibuang
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat
Dipergunakan lagi



Begitu juga setelah kamu memberi banyak penghargaan kepada
Seseorang…..
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…..
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
Melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu





Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu melepaskannya semula ke dalam air begitu sahaja…..
Kerana ia akan sakit disebabkan bisa ketajaman mata kailmu dan
Mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup

Saturday, January 9, 2010

Kehilangan Dua Ekor Beruk di Kapit

Berita Sensasi

Kapit, 10 January 2010, dua ekor beruk dalam Rejang Zoo telah dilaporkan hilang. Kehilangan dua ekor beruk itu diketahui oleh pihak yang berkuasa pada sekitar jam 7 pagi tadi. Kehilangan dua ekor beruk itu sangat menakutkan penduduk di sekitar Kapit. Dilaporkan bahawa dua ekor beruk itu sangat liar dan ganas. Kini pihak berkuasa berusaha sedaya upaya mencari dua ekor beruk tersebut kerana takut ia akan menghuru-harakan keamanan di sekitar Kapit. Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga…. Pihak berkuasa juga menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang dapat menangkap dua ekor tersebut. BERNAMA.

Kapit, 15 January 2010, pihak berkuasa tempatan telah dapat memberkas seekor beruk pada petang semalam. Namun, pihak berkuasa masih menasihatkan agar penduduk tempatan perlu sentiasa berhati-hati kerana seekor beruk lagi masih belum ditangkap dan tidak diketahui dimana ia berada. Dilaporkan bahawa pihak berkuasa telah melakukan pelbagai langkah untuk mengesan beruk tersebut namun tidak berhasil. BERNAMA.

Kapit, 16 January 2010, dilaporkan bahawa seekor beruk lagi sedang bergoyang-goyang kaki duduk di atas kerusi yang sedang menekan-nekan keyboard laptop dan sedang membaca berita ini……………..BERNAMA.


Thursday, January 7, 2010

Duit Tidak Bertambah...mengapa ya??

Tip-Tip menggunakan NUFFNANG.......
Baca Ini!
Nak Tau Kenapa?

Selalu ada di shoutbox anda perkataan seperti ini “Klik Potato anda”,”Tembak Nuff anda” dan sebagainya betul bukan?

Bila anda lihat seperti itu anda berasa ramai yang sudah klik ads anda, anda lihat di Akaun Nuffnang anda UNIK IP makin meningkatkan? Tapi Income masih rendah juga,
SEBABNYA BEGINI : -

Apabila NUFFNANGER atau PEMBACA Blog anda MengKLIK Ads/Iklan anda, mereka akan KLIK lalu MENUTUP TERUS NEW WINDOWS IKLAN TERSEBUT SEBELUM ADS/IKLAN DIPAPARKAN SEPENUHNYA.

Ini menjadikan ID dan Link Blog anda yang dibawa oleh Ads/Iklan anda tidak sampai ke Server Nuffnang, Apa yang diterima oleh Server adalah KOSONG tidak membawa apa-apa pada KLIK yang dilakukan.

Ini juga terjadi kerana (Tuju Kepada Nuffnanger yang Aktif dalam Misi Klik):-

- Anda mahu cepat2 klik2 di blog tersebut supaya boleh, pergi ke blog lain untuk klik disamping promote link anda untuk diKLIK Semula

- Anda membuka terlalu banyak tab blog lain sehingga boleh mencecah 10 blog sekali gus, ini juga bergantung kepada KELAJUAN INTERNET ANDA, SPEC PC/LAPTOP anda, Jika anda mahu buka sekali gus banyak blog, Internet dan Spec Komputer juga main peranan penting, MOZILLA FIREFOX juga, telah mengHADkan,pembukaan website dalam satu2 masa sebanyak 25 web sahaja dalam perisiannya, 25web yang anda buka serentak akan menggunakan 400-700mb penggunaan RAM, Saya pernah mencuba membuka 40Blog serentak khas untuk misi KLIK2 dimana dilakukan di CyberCafe, Internet yang digunakan BERKELAJUAN 14MBP/s RAM 3GB Intel Core2Duo 2.5ghz, Apa yang terjadi disini apabila buka blog serentak, perlu mengambil masa 15minit untuk blog2 lain dibuka sepenuhnya. Jadi perkara seperti ini akan melambatkan masa anda untuk misi KLIK dan untuk promote link anda untuk diKLIKkan, Jadi apa yang boleh anda lakukan, Buka dalam 3 blog sekurang2nya pada satu masa, tutup semula dan buka semula 3 blog lain, ini dapat mengelakkan keSESAKan internet anda.

Lain-Lain Sebab
- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan menggunakan IP YANG SAMA
- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan anda hanya BERLAKON didalam chatbox, tetapi tidak KLIK

Cara Mengatasi :

1) Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

2) Membuka tidak terlalu banyak Blog Nuffnanger untuk MISI KLIK, setelah habis Blog pada Blogwalking pertama, lakukan semula dengan Blog2 lain pula, jangan terlalu tamak untuk mendapatkan KLIK dari nuffnanger, dan tidak gopoh

3) Pastikan IP Address yang anda gunakan tidak sama dalam setiap MISI KLIK yang dilakukan, anda boleh Semak IP Address anda di http://www.myipaddress.com/ ,
Setelah Semak pastikan IP anda berbeza dengan IP Misi sebelumnya.

4) Jika anda tiba di satu Blog yang tidak keluar Ads/Iklannya, anda boleh mencuba
refresh semula, ada ketika Ads/Iklan tidak keluar di sesetengah Blog tetapi Ada Terpapar di Blog lain, Ini bergantung kepada pencapaian internet atau server Nuffnang Sendiri.

5) Update Blog Anda Selalu, Jika link blog anda telah exchange di dalam blogroll Nuffnanger lain, pastinya mereka akan melihat pada blog yang Ada Update Terbaru, tak kisah la update itu ringkas atau tidak, manakala yang mempunyai LinkBox atau seangkatan dengannya, pastikan link di LinkBox anda Benar aktif dalam Update atau
Misi klik, ini dapat mengelakkan pembaziran penggunaan LinkBox anda dari
Bloggers2 yang hanya menyinggah.

6) Tidak perlu menipu dalam membuat Misi Klik, anda tidak rugi apa pun sekiranya anda tolong klik, Register Nuffnang adalah PERCUMA, PEMBAYARAN pun bukan dari wang saku anda. Jadi jika mahu KLIK, Klik aje ler.

7) Jika diBLOG anda tidak kelihatan Ads/Iklan, Apa salahnya anda klik dahulu pada blog lain. Pada waktu berikutnya nanti, nuffnanger lain juga akan menjejak blog anda juga semula, tiada kerugian disitu.

Sekadar Renungan...Madah Cinta

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat .

Nukilan Sidi
Kapit, Sarawak
7 Januari 2010

Sunday, January 3, 2010

Perahu Panjang di Kapit




Perahu panjang inilah digunakan oleh penduduk rumah panjang di bahagian Kapit untuk pergi ke Pekan Kapit. Laluan utama penduduk di Kapit ialah Sungai Rejang.

Saturday, January 2, 2010

KAMPUNG HALAMANKU

Rumah Ingoh Sungai Paku Kapit
Tempatku dilahirkan dan dibesarkan..tanah tumpah darahku

Rumah Panjang(RUAI)

Padang Rumah Panjang

Sungai Paku


Pandangan Depan(Halaman rumah panjang)

Jalan Menuju Ke Rumah Panjang

Sungai Mengalir Indah (Sungai Paku)

TERMINAL PENUMPANG KAPIT

Terminal Yang Baru Dirasmikan pada 2009



PELABUHAN KAPIT

Friday, January 1, 2010

Kursus Yang Diambil Semester Ini

Tahun Baru Azam Baru.
moga mendapat keputusan yang cemerlang..

BML2083 - SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMP2103 - APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

BST1263 - PROSA MELAYU

BST4183 - KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN

EDU3034 - PENGURUSAN PEMBELAJARAN

UKS1111 - TENIS