Wednesday, April 28, 2010

Perjalananku...

Buat titipan para blogger....salam...

Menjelangnya hari esok, tanggal 29/4/2010 saya akan mula bercuti...

Selamat Tinggal USPI..

Selamat Tinggal Semester 2 sesi 2009/2010..

Selamat tinggah http://e-dekz.blogspot.com

Bercuti selama 2 bulan..

Apalah saya nak buat cuti berpanjangan ini..mesti membosankan...

Dahlah kat kampung saya tak ada internet...

Pergi Cyber mahal...RM3 satu jam...

Tak best la mcm ni...

Jadi kemungkinan dalam masa 2 bulan ini saya tak melayan blog...

Mesti hati saya meronta-ronta nak "blog walking"...

Sedih nak cuti ni sebab tak layan blog....

Kepada para blogger...rajin-rajinlah jenguk blog saya ya...

Letaklah link saya kat blog korang..plz....

Kemungkinan TRAFIK saya akan kosong langsung...

Sedihlah tengok Trafik mcm tu...huhuhuhu..

Tapi apakan daya ku...

2 bulan tu lama beb...boring....

Proses menenangkan fikiran bermula...

Pastu bertukar pula menjadi proses mengaratkan otak...huhuhu....

Apa-apa pun..happy blogging kepada semua..

Smile always...

Caiyok2x...









Sunday, April 25, 2010

Britain's Got Talent



Pertunjukkan yang sangat menakjubkan (very amazing)..

saksikan video ini...

Apakah perasaan anda setelah menyaksikan video ini???

wowwwww.............

Thursday, April 22, 2010

FUCK

Aik...lain mcm je bunyi..ape tu?
hehehe..saje nak bagi gempak ckit..
Fokus Untuk Capai Kejayaan
FUCK


Adoiii...trafik jatuh la...sebab demam exam sy xde masa utk layan blog...
sedihnye tengok trafik down.

3 Hari berturut-turut sy exam so ni la jadi mcm ni
khamis
jumaat
sabtu

Dah la sabtu ade exam...isshhh3x...sepatutnya cutikan...
Sabar je ye..last paper isnin ni..tak sabar nak merdeka..huhuhu
Inilah trafik ari ni..


Tuesday, April 20, 2010

Dunia Facebook

Apa itu globalisasi?
Kita sekarang dalam arus globalisasi sama ada sedar ataupun tidak. Globalisasi ditakrifkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama agenda globalisasi ini.


Kini, kita tidak perlu untuk berjalan-jalan untuk mencari pasangan, tidak perlu bermandi keringat di bawah terik mentari demi mencari rezeki dan tidak perlu bersemuka untuk bergurau senda. Kita hanya melayari internet dalam keadaan yang nyamai dan selesa di bawah penghawa dingin. Sudah pasti anda semua sudah mempunyai FACEBOOK bukan? DUNIA FB semakin melanda, makan fb, tidur fb, gurau fb, bermain fb, dan semuanya FB........




DUNIA FACEBOOK





DAHULU........................



KINI....................

Monday, April 19, 2010

Semoga Berjaya


Create your own banner at mybannermaker.com!

Satu destinasi,
satu realiti,
satu tujuan,
satu harapan
menuju puncak
peperiksaan akhir semester 2 sesi 2009/2010
semoga berjaya
Good Luck For Final exam

Friday, April 16, 2010

Surat Putus Dari Tijah

Ini merupakan surat daripada Tijah yang ingin diutuskannya kepada Boyfriendnya. Boyfriendnya merupakan seorang Mat Salleh.

Baca dan hayati dengan isi surat ini dengan teliti. Apakah yang anda perolehi?

Wednesday, April 14, 2010

Rehat Minda Tenangkan Fikiran

Tanggal 14 April 2010, mahasiswa BM sem 4 telah mengadakan satu program iaitu "rehat minda, tenangkan fikiran". Program ini diadakan di Sungai Kalumpang. Sungai tersebut memang sesuai dijadikan sebagai pusat rekreasi dan perlancongan kerana sungainya jernih, pasirnya putih, batunya besar dan cantik serta sungainya mengalir deras. Program ini bertujuan untuk menghilangkan rasa bosan, mengurangkan tekanan, merehatkan minda, menenangkan fikiran, menjana minda, dan merapatkan hubungan silaturahim. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing; ibarat isi dengan kuku; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah; ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni; ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

Sungai yang jernih sejernih mutiara


Sungai Berjeram



Members



Bersuka ria

Moga kita semua memperoleh keputusan yang cemerlang dengan mendapat pointer yang sangat memuaskan.


STUDY...STUDY JANGAN STADO!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 13, 2010

Kesibukan Minggu Ulangkaji

Kini tiba masanya untuk saya mengulangkaji memandangkan peperiksaan akhir hampir bermula tidak lama lagi. Minggu ulangkaji selama seminggu iaitu dari 10/04/10 sehingga 18/04/10 dan minggu depan saya akan memerah otak untuk menjawab soalan. Lagipun, jadual exam saya sangat padat menyebabkan saya terpaksa menggunakan minggu ini dengan baik untuk meningkatkan dan menambahkan ilmu pengetahuan.


Tujuan saya post benda ni cuma nak bgtau kawan-kawan dan para blogger yang lain bahawa minggu ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan diri dan bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan kelak. Fenomena ini sama seperti kita berperang, sebelum berperang kita haruslah menyediakan segala kelengkapan seperti parang, tombak, keris, meriam, dan sebagainya. Begitu dengan peperiksaan, kita haruslah bersedia lebih awal dengan mengulangkaji pelajaran serta menyediakan kelengkapan seperti pensil, pen, pemadam, dan sebagainya.

Selama seminggu ini saya sangat sibuk dan kemungkinan saya akan jarang online. Saya minta maaf kepada para blogger sekiranya saya tidak menziarahi blog anda serta tidak dapat menolong anda untuk mengUPkan trafik. Harapan dan permintaan saya ialah rajin-rajinlah jenguk blog saya dan letaklah link saya dalam blog anda ya.

http://e-dekz.blogspot.com

Tapi saya tetap akan meluangkan masa untuk membuka dan melayan blog walaupun saya sangat sibuk. Hidup saya seperti kekosongan sekiranya satu hari saya tidak dapat melayan blog serta masuk dan menziarahi blog ke blog. Tambahan pula, saya sangat berminat untuk membaca entri-entri baharu.

Saya berharap para BLOGGER sentiasa berdoa untuk kejayaan saya dan j
angan lupa masuk blog saya ya.

Friday, April 9, 2010

Hargailah Seseorang Seadanya

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar :Mcm mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita syg? Mcm mana juga kasih itu nak bekekalan?"

Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang
PALING CANTIK tanpa menoleh ke blkng lg walau sekalipun. Dah petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yg dipilih?

Pelajar : Tadi semasa saya bjlan, saya carilah rumput yg plg cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata, petik yang PALING CANTIK. Maka saya terus berjalan ke depan smbl mencari yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke blkng lg. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING CANTIK. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING CANTIK tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya..itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jgnlh kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetep dah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lg, dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK. Mahupun nak ikutkan..byk lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Nukilan Steph
Kapit, Sarawak


Monday, April 5, 2010

Email Dari Nuffnang

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd


Sila baca dengan teliti...sekiranya ada yang ragu-ragu dan tak faham boleh komen di bawah..........saya akan jelaskan

Saje nak kongsi bersama anda semua khasnya para BLOGGER yang ada ads NUFFNANG. Jika maklumat ini dianggap remeh-temeh, abaikanlah...

Jika anda anggap maklumat ini penting dan berguna, aplikasikanlah...


CEGAH SEBELUM ANDA KENA

Maklumat yang disampaikan oleh Sakira ini sangat penting kepada semua BLOGGER yang ada Ads Nuffnang. Sakira menyatakan bahawa NUFFNANG sekarang nak ban all these FRAUD CLICKS(penipuan klik). Cegah sebelum anda kena. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Mesej yang disampaikan ialah kita janganlah melakukan FRAUD CLICKS.



Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

Sunday, April 4, 2010

REHAT MINDA

Saya ada satu permainan iaitu permainan rehat minda.

Pokok bukan sebarang pokok,
Pokok indah alam semulajadi,
Cuba tengok betul-betul pokok,
Trylah cari benda tersembunyi.

eeehhhwahhhh.......
Hari ini terik sang mentari,
Si mentari bersinar berseri-seri,
Kalau tuan bijak bestari,
Cubalah cari 10 muka tersembunyi.

Semoga berjaya..

Saturday, April 3, 2010

HAYATILAH...SEMATKANLAH DALAM LUBUK SANUBARIMU


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan…yang

Pasti membawa kebaikan kepada dirimu.

Menyayangimu. Mengasihimu

Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya

dengan yang lain

terlalu mengejar kesempurnaan

kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milk orang

lain

kamu juga yang akan menyesal


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu

Menganggapnya

Begitu istimewa..

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kemu untuk

Menerimanya…

Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan

Terus

Hingga ke akhir hayat


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik

Untuk dirimu

Mengeyangkan. Berkhasiat

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain

Terlalu mengejar kelazatan.

Kelak, nasi akan basi dan kamu tidak boleh memakannya

Kamu akan menyesal