Tuesday, November 17, 2009

Mengapa Duit Anda Tidak Bertambah

Tip-Tip menggunakan NUFFNANG.......
Baca Ini!
Nak Tau Kenapa?

Selalu ada di shoutbox anda perkataan seperti ini “Klik Potato anda”,”Tembak Nuff anda” dan sebagainya betul bukan?,
Bila anda lihat seperti itu anda berasa ramai yang sudah klik ads anda, anda lihat di Akaun Nuffnang anda UNIK IP makin meningkatkan? Tapi Income masih rendah juga,
SEBABNYA BEGINI : -

Apabila NUFFNANGER atau PEMBACA Blog anda MengKLIK Ads/Iklan anda, mereka akan KLIK lalu MENUTUP TERUS NEW WINDOWS IKLAN TERSEBUT SEBELUM ADS/IKLAN DIPAPARKAN SEPENUHNYA.

Ini menjadikan ID dan Link Blog anda yang dibawa oleh Ads/Iklan anda tidak sampai ke Server Nuffnang, Apa yang diterima oleh Server adalah KOSONG tidak membawa apa-apa pada KLIK yang dilakukan.

Ini juga terjadi kerana (Tuju Kepada Nuffnanger yang Aktif dalam Misi Klik):-

- Anda mahu cepat2 klik2 di blog tersebut supaya boleh, pergi ke blog lain untuk klik disamping promote link anda untuk diKLIK Semula
- Anda membuka terlalu banyak tab blog lain sehingga boleh mencecah 10 blog sekali gus, ini juga bergantung kepada KELAJUAN INTERNET ANDA, SPEC PC/LAPTOP anda, Jika anda mahu buka sekali gus banyak blog, Internet dan Spec Komputer juga main peranan penting, MOZILLA FIREFOX juga, telah mengHADkan,pembukaan website dalam satu2 masa sebanyak 25 web sahaja dalam perisiannya, 25web yang anda buka serentak akan menggunakan 400-700mb penggunaan RAM, Saya pernah mencuba membuka 40Blog serentak khas untuk misi KLIK2 dimana dilakukan di CyberCafe, Internet yang digunakan BERKELAJUAN 14MBP/s RAM 3GB Intel Core2Duo 2.5ghz, Apa yang terjadi disini apabila buka blog serentak, perlu mengambil masa 15minit untuk blog2 lain dibuka sepenuhnya. Jadi perkara seperti ini akan melambatkan masa anda untuk misi KLIK dan untuk promote link anda untuk diKLIKkan, Jadi apa yang boleh anda lakukan, Buka dalam 3 blog sekurang2nya pada satu masa, tutup semula dan buka semula 3 blog lain, ini dapat mengelakkan keSESAKan internet anda.

Lain-Lain Sebab
- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan menggunakan IP YANG SAMA
- Nuffnanger yang mengKLIK Ads/Iklan anda hanya BERLAKON didalam chatbox, tetapi tidak KLIK

Cara Mengatasi :

1) Apabila anda mengKLIK Ads Blog lain, Pastikan anda mengKLIK sehingga Keluar Sepenuh yang iklan itu (Dalam M.firefox, Page yang siap sepenuhnya akan di Statuskan sebagai “DONE”).

2) Membuka tidak terlalu banyak Blog Nuffnanger untuk MISI KLIK, setelah habis Blog pada Blogwalking pertama, lakukan semula dengan Blog2 lain pula, jangan terlalu tamak untuk mendapatkan KLIK dari nuffnanger, dan tidak gopoh

3) Pastikan IP Address yang anda gunakan tidak sama dalam setiap MISI KLIK yang dilakukan, anda boleh Semak IP Address anda di http://www.myipaddress.com/ ,
Setelah Semak pastikan IP anda berbeza dengan IP Misi sebelumnya.

4) Jika anda tiba di satu Blog yang tidak keluar Ads/Iklannya, anda boleh mencuba
refresh semula, ada ketika Ads/Iklan tidak keluar di sesetengah Blog tetapi Ada Terpapar di Blog lain, Ini bergantung kepada pencapaian internet atau server Nuffnang Sendiri.

5) Update Blog Anda Selalu, Jika link blog anda telah exchange di dalam blogroll Nuffnanger lain, pastinya mereka akan melihat pada blog yang Ada Update Terbaru, tak kisah la update itu ringkas atau tidak, manakala yang mempunyai LinkBox atau seangkatan dengannya, pastikan link di LinkBox anda Benar aktif dalam Update atau
Misi klik, ini dapat mengelakkan pembaziran penggunaan LinkBox anda dari
Bloggers2 yang hanya menyinggah.

6) Tidak perlu menipu dalam membuat Misi Klik, anda tidak rugi apa pun sekiranya anda tolong klik, Register Nuffnang adalah PERCUMA, PEMBAYARAN pun bukan dari wang saku anda. Jadi jika mahu KLIK, Klik aje ler.

7) Jika diBLOG anda tidak kelihatan Ads/Iklan, Apa salahnya anda klik dahulu pada blog lain. Pada waktu berikutnya nanti, nuffnanger lain juga akan menjejak blog anda juga semula, tiada kerugian disitu.

Saturday, November 14, 2009

Berdiri Megah Tempatku


Gegarkan Gempakkan Goncangkan Dunia
Kapit
Tidak pernah mendengarnya
Macam mana tempat itu
Adakah maju
Adakah bandar
Adakah pekan
Macam kampung kot
Adakah masih dipenuhi hutan belantara
Bagaimana penduduknya
Adakah berbaju, berseluar atau telanjang
Adakah menggunakan “sirat”
Adakah masih membunuh
Adakah menyumpit
Jawabnya TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kapit
Ada apa denganmu
Ada line komunikasi
Adakah handpon berfungsi
Ada kereta ke..
Ada kedai ke..
Ada Shell minyak ke…
Macam-macam persoalan timbul

Kapit
Apa yang ada padamu
Dakah penduduknya bertamadun
Adakah masih bercucuk taman
Adakah masih hidup nomad
Adakah tinggal di atas pokok
Adakah pandai menulis, membaca, dan mengira
Adakah buta huruf
Adakah penduduknya beradap
Adakah bersopan
Hormat-menghormati
Kapit, gerun mendengarnya..
SALAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kapit
Tunjukkan pada dunia
Buka mata mereka
Matangkan fikiran mereka
Gegarkan gempakkan
Goncang dunia
Berdirilah megah
Buktikan kau boleh
Buktikan pada semua
Kaupun maju seperti Amerika
Bangunan tersergam megah
Namamu disanjung indah

Kapit
Segalanya ada padamu
Cuma dunia buta
Menutup sebelah mata
Nak apa?
Nak talian komunikasi?
Nak wireless?
Nak makan?
Nak shopping?
Apa lagi yang kalian nak
Semua nya ada
Ada depan mata!!!!

Kapit
Penduduknya bertamadun
Kawasannya indah
Udaranya segar
Bebas pencemaran
Pantaimu bersih
Sungaimu mengalir indah
Pekanmu maju
Penduduknya cemerlang
Rakyatnya gemilang
Kapit terbilang
CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG

Nukilan Sidi
Kapit, Sarawak
14 November 2009

Friday, November 13, 2009

Pelabuhan Kapit





Pelabuhan Kapit merupakan pelabuhan yang sangat sibuk. Ini kerana pelabuhan tersebut dijadikan sebagai laluan utama para penduduk di Kapit,Khususnya penduduk yang hendak pergi ke Sibu. Masa perjalanan dari Kapit ke Sibu memakan 3 jam dengan menggunakan bot express.

Indahnya Tempatku

Inilah Peta Tempat Kediamanku




Aku seorang insan yang tinggal jauh di pedalaman. Demi mencapai kejayaan kusanggup berhijrah merentasi Laut Cina Selatan iaitu ke Semenanjung Malaysia. Kini aku berada di Perak untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan meluaskan fikiran. Kini aku berada seorang diri tanpa saudara mara, namun ku cari sahabat untuk kukongsikan segala duka dan suka. Kadang-kadang hati sayu, pilu tapi ku kuatkan semangat demi mengajar cita-cita untuk mendapatkan segulung Ijazah.

Cinta Pandang Pertama

AKU DAN DIA
Kulihat gadis itu
Wajahnya manis bagaikan bidadari
Jantungku berdegup kencang
Bagaikan tsunami melanda jiwa
Darahku mengalir deras
Persis sungai mengalir
Hebatnya gadis itu
Buatkanku tak menentu
Setiap kali bersua
Getaran melanda jiwa
Bagaikan getaran gitar memainkan irama
Irama indah seindah syurga

Siapa diriku
Siapa gadis itu
Bagaikan langit dengan bumi
Diriku insan biasa dia insan istimewa
Mampukah aku memilikinya?
Tak terkata ku melihatnya
Lidahku kelu bagaikan dihimpit pintu
Bibirku beku umpama batu
Tak dapat kuluahkan cinta terpendam
Setiap kali ku pejamkan mata
Setiap kali itulah dia muncul dikelopak mata
Setiap kali ku fikirkan sesuatu
Setiap kali itulah dia muncul dalam kotak fikiranku
Itulah cinta luar biasa

Kulihat gadis itu
Senyuman menawan hatiku
Senyumannya terbayang di dalam hatiku
Setiap kali ku dibuai mimpi
Gadis itu muncul bagaikan puteri
Menghiasi benak lubuk sanubari
Ingin rasanya di alam mimpi
Agar dapatku sentiasa bersamanya.

Aku dan dia
Rasanya dapat bersama
Kerna getaran jiwa aku dan dia
Persis gempa bumi melanda
Sehati dan sejiwa
Suatu hari nanti pasti cerah tiba
Kami akan bersama
Buat selama-lamanya.

Nukilan Sidi
Kapit, Sarawak
10 November 2009

Sekolahku Syurgaku

SEKOLAH KEBANGSAAN KAPIT NO 2 BAHAGIAN KAPIT


SMK Kapit No.2. pandangan hadapan



SMK Kapit no 2. dewan makan






Sekolah Kebangsaan Kapit no. 2 Merupakan sekolah yang baru ditubuhkan iaitu pada tahun 2006. Merupakan sebuah sekolah sekolah tersebut yang tercantik di seluruh Sarawak.

KENANGAN DI TELUK INTAN


Sejarah mengajar kita dewasa..jangan lupa asal usul kita..

Malaysia kaya dengan sejarah,yakni sejarah yang sangat memeritkan, kesengsaraan dan kesusahan..

CINTA BUATKAN KITA LUPA..TAPI CINTA JADIKAN KITA BAHAGIA

ADA APA DENGAN CINTA
Ada apa dengan cinta
Cinta tidak pernah meminta
Ia sentiasa memberi
Cinta membawa penderitaan
Tetapi tidak pernah berdendam
Tak pernah membalas dendam
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan
Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan

Perasaan cinta itu dimulai dari mata
Rasa suka dimulai dari telinga
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai si dia
Cukup dengan menutup telinga
Jika kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai
Cinta itu berubah menjadi titisan air mata
Terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama
Hebatnya cinta.

Cinta bukan mengajar kita lemah
Tetapi membangkitkan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri
Tetapi menghembuskan kegagahan
Cinta bukan melemahkan semangat,
Tetapi membangkitkan semangat
Ada apa dengan cinta
Cinta mengubah pahit menjadi manis
Debu beralih emas,
Keruh menjadi bening
Sakit menjadi sembuh
Penjara menjadi telaga
Derita menjadi nikmat
Kemarahan menjadi rahmat
Hebatnya cinta.

Nurkilan Sidi
Kapit,Sarawak
13 November 2009.

SELAMI SEJARAH



PASIR SALAK Khazanah SEJARAH
Pasir salak
Tanahmu Bersejarah
Di situlah tumpahan darah
Wira-wira bersemangat tanah air Waja
Bertaruh dan berkorban apa saja
Perjuangkan kebebasan demi kedamaian
Pertahankan nusa, bangsa dan negara

Pasir salak
Tanahmu indah
Dihiasi tinggalan sejarah
Rumah merah menyerlah
Lambang lambang muhibah megah
lepaskan cengkaman penjajah
Tuntut keamanan dan keharmonian

Pasir salak
Khazanah sejarah
Pejuang-pejuang Melayu bersemangat
Bagaikan tsunami bengis
lepaskan lepaskan keperitan penderitaan
lenyapkan Kesengsaraan lenyapkan keseksaan
kesejahteraan Hidupkan mencari ketenangan
demi anak tercinta wathan

Pasir salak
Bumi Bersejarah
Pahlawan tanah air yang kental
Bagaikan ombak indah
Bertarung nyawa tenaga bergadai
Untuk hidup bermaruah
Agar tak terus dijajah dan ditindas
Menuntut kebebasan
Menuntut kemerdekaan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Nukilan Sidi
Kapit, Sarawak
25 September 2009

Thursday, November 12, 2009




Manchester merupakan sebuah kelab yang sangat digeruni..pasukan tersebut telah memenangi dan menjulangi trofi pada musim lepas..
mampukah pasukan tersebut mengekalkan prestasinya??





Sebagai penyokong yang setia, kita akan sokong MU walaupun dalam apa jua keadaan..
Kita sanggup tak tidur demi menyaksikan MU bermain di padang...





Old trafford...padang yang sangat cantik..